1. rukun negara
2. bendera malaysia
3. lagu kebangsaan
4. bahasa kebangsaan
5. bunga kebangsaan
6. jata negara
Kerajaan
Demokrasi
Pengenalan
1.
Demokrasi bermaksud sistem pemerintahan negara oleh rakyat menerusi wakil-wakil yang
dipilih menerusi pilihan raya.
2.
Kata demokrasi berasal daripada
bahasa Yunani 'demo' yang bermaksud rakyat dan 'kratos' yang bermaksud kekuasaan.
3.
Kerajaan demokrasi ialah kerajaan
yang dipilih oleh rakyat.
4.
Prinsip-prinsip dalam pembentukan
kerajaan demokrasi:-
(a)
pemerintahan kerajaan dipilih
oleh rakyat melalui proses pilihan raya;
(b)
kerajaan bertanggungjawab
membentuk dan melaksanakan dasar-dasar negara demi kesejahteraan rakyat dan
keamanan negara;
(c)
hak asasi setiap rakyat termaktub
dalam perlem-bagaan negara;
(d)
persamaan dan keadilan dalam
aspek politik, ekonomi, sosial, dan undang-undang;
(e)
warga yang patriotik;
(f)
amalan kepelbagaian budaya;
(g)
ketelusan pemerintahan.
Sistem Demokrasi Berparlimen di Malaysia
1.
Negara kita Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dengan raja berperlembagaan.
2.
Kerajaan demokrasi berparlimen
adalah kerajaan yang dipilih oleh rakyat untuk rakyat.
3.
Raja-raja Melayu menjadi lambang
taat setia rakyat.
4.
Rakyat berkuasa untuk menyokong,
mengekal, dan menukar kerajaan menerusi pilihan raya.
5.
Raja berperlembagaan pula
ditakrifkan sebagai sistem beraja mengikut peraturan Perlembagaan Malaysia.
6.
Di Malaysia, Ketua Negara ialah Yang
di-Pertuan Agong.
7.
Ketua kerajaan pula ialah Perdana
Menteri.
8. Setiap warganegara yang berumur 21 tahun
ke atas dan yang sudah layak mengundi, perlulah mengundi pemimpin negara dengan
bijaksana dan penuh tanggungjawab kerana pilihan anda penentu masa hadapan
negara.
Cara Rakyat Menghargai Amalan Demokrasi di Malaysia
1.
Amalan demokrasi membenarkan
rakyat bebas bersuara dan melakukan sebarang aktiviti asal sahaja aktiviti
tersebut tidak menyentuh sensitiviti kaum-kaum lain dan menyebabkan huru-hara.
2.
Antara cara yang perlu rakyat
lakukan sebagai menghargai amalan demokrasi di Malaysia termasuklah :-
(a)
tidak menghina agama dan budaya
kaum-kaum lain sama ada melalui perkataan mahupun melalui tindakan;
(b)
tidak melakukan rusuhan;
(c)
tidak terlibat dalam aktiviti
yang menyebabkan negara huru-hara;
(d)
berbaik-baik dengan semua kaum.
No comments:
Post a Comment