unit 1 Identiti diri



Pengenalan
1.         Identiti diri ialah suatu gambaran keseluruhan tentang seseorang serta matlamat   hidup yang ingin dicapainya.
2.     Identiti diri seseorang adalah berbeza dengan seseorang yang lain.
3.      Untuk membentuk identiti diri, seseorang itu perlu mengembangkan potensi diri yang ada dalam dirinya.
 
Potensi Diri
1.    Potensi diri ialah bakat, kebolehan, dan kekuatan  yang ada dalam diri.
       2.      Potensi diri perlu dipupuk dan diasah melalui pendidikan dan latihan secara berterusan.
3.    Untuk mengembangkan potensi diri seseorang itu perlu mempunyai keyakinan diri.
4.    Tanpa keyakinan diri adalah sukar untuk mengem­bangkan potensi diri.
5.    Bagaimana potensi diri dapat dikembangkan? Lihat rajah yang berikut.
 6.   Kita boleh mencontohi kejayaan tokoh-tokoh tertentu untuk mengembangkan potensi diri juga.

Intelek
Intelek ialah daya fikir yang merangkumi empat aspek iaitu:-
(a)        kemahiran asas:
i.      membaca;
ii.     menulis;
iii.    mengira.
(b)    berfikir secara kreatif dan kritis;
(c)    meningkatkan ilmu pengetahuan;
(d)    memanfaatkan ilmu untuk diri dan orang lain.
Rohani
1. Aspek rohani dalam potensi diri berkaitan dengan sifat menyedari bahawa Tuhan itu wujud.
2.      Apabila seseorang itu menyedari akan kewujudan Tuhan, dia akan mensyukuri pemberian Tuhan dan berusaha menjadi manusia yang berakhlak mulia.
3.      Kuat bersembahyang, taat kepada ajaran agama, dan berbuat baik kepada semua makhluk merupakan satu cara kita mensyukuri pemberian Tuhan.
Emosi
Aspek emosi dalam potensi diri berkaitan dengan perasaan cinta dan kasih sayang, pandai mengawal dan mengendalikan emosi, mengamalkan semangat kekitaan dan perpaduan serta bertindak berdasarkan pertimbangan yang wajar.
Jasmani
1.      Aspek jasmani menekankan perkara-perkara yang berkaitan dengan perkembangan tubuh badan yang sihat, menjaga kesihatan badan, melakukan riadah, menggunakan kemahiran dan kecergasan fizikal untuk berdikari, dan sebagainya.
2.      Kesimpulannya, kenalilah potensi diri. Apabila kita sudah mengenali potensi diri sendiri, barulah kita berupaya mengembangkan potensi diri.
3.      Orang yang berjaya mengembangkan potensi diri akan memperoleh kejayaan dan kecemerlangan pada masa hadapan.
4.      Jadilah murid yang mempunyai identiti diri yang positif kerana murid yang beridentiti positif mempunyai ke­yakinan diri yang tinggi dan senantiasa mengembangkan potensi diri ke tahap yang cemerlang.

No comments:

Post a Comment