unit 8 KESINAMBUNGAN KESEJAHTERAAN RAKYAT




Pengenalan
1.         Kesejahteraan rakyat merujuk kepada rakyat yang berbilang kaum dan agama hidup bersama dengan aman dan harmoni untuk memajukan negara.
2.         Demi mengekalkan kesinambungan kesejahteraan rakyat pada masa hadapan, kita haruslah:
(a)        memiliki   kesedaran  sivik  dan  jati  diri   untuk menghadapi cabaran dan halangan;
(b)        mempunyai daya empati terhadap golongan kurang bernasib baik dan golongan kurang upaya;
(c)        mengamalkan dan meneruskan perpaduan kaum;
(d)        menghargai dan menyayangi alam sekitar (kelestarian alam sekitar).

Kesedaran Sivik
1.         Individu yang mempunyai kesedaran sivik mempunyai perlakuan yang membantu mengekalkan norma-norma masyarakat dan mematuhi undang-undang.
2.         Antara sikap orang yang mempunyai kesedaran sivik:
(a)        menjaga dan bertanggungjawab ke atas kemudahan yang disediakan;
(b)        mematuhi peraturan dan undang-undang;
(c)        memikirkan kepentingan kemudahan untuk faedah bersama.
3.       Contoh individu yang tiada kesedaran sivik:
(a)        membuang sampah merata;
(b)        merosakkan kemudahan awam;
(c)        meludah merata di tempat awam;
(d)        bertolak-tolak ketika menaiki komuter dan sebagainya.

Perasaan Empati
1.         Perasaan empati ialah kebolehan memahami perasaan orang lain.
2.         Sikap keprihatinan ini penting dalam setiap individu . Contohnya perasaan empati terhadap golongan kurang upaya dan orang yang kurang bernasib baik.
3.          Apabila kita mempunyai perasaan empati, kita bersedia menolong orang lain dari segi moral, kebendaan, dan nasihat tanpa mengharapkan ganjaran.
 

Perpaduan Kaum
1.         Perpaduan kaum penting dalam situasi kehidupan masyarakat yang berbilang kaum seperti di Malaysia.
2.         Perpaduan kaum dapat membentuk identiti negara yang positif serta menyumbang ke arah kemajuan negara.
 
Jati Diri
1.         Jati diri yang kukuh penting sebagai benteng untuk menghadapi segala bentuk cabaran dalaman dan luaran yang boleh mengancam kesejahteraan diri, masyarakat, dan negara.
2.         Cara-cara jati diri dibina:
(a)        melalui pendidikan agama dan moral;
(b)        tindakan yang wajar serta bijak;
(c)        jalinan hubungan kemanusiaan yang baik;
(d)        aktiviti yang berfaedah.
3.         Remaja yang rapuh jati dirinya mudah terpengaruh dengan aktiviti yang tidak sihat seperti meragut, merokok, menghisap dadah, terlibat dalam jenayah siber dan sebagainya.
 
Kelestarian Alam Sekitar
1.         Lestari bermaksud mengekalkan alam semula jadi ciptaan Tuhan untuk manusia.
2.         Setiap individu bertanggungjawab memelihara dan memulihara alam sekitar.
3.         Sebarang aktiviti yang mengganggu dan mencemarkan alam sekitar, mestilah dielakkan.

No comments:

Post a Comment