Pelbagai
Cerita Rakyat
1.
Cerita rakyat adalah sastera
rakyat dan menjadi kebanggaan sesuatu masyarakat dan negara.
2.
Ciri-ciri cerita rakyat:-
(a)
cerita yang berdasarkan kehidupan
masyarakat setempat;
(b)
biasanya diceritakan dan
disampaikan dari mulut ke mulut;
(c)
selalunya mempamerkan kesenian
dan budaya dalam sesuatu masyarakat;
(d)
Penekanan selalunya diberikan
pada nilai-nilai murni dan pengajaran yang terkandung dalam cerita tersebut;
(e)
pada waktu dahulu, cerita rakyat
ini diceritakan pada masa terluang, contohnya pada waktu malam sebagai hiburan
setelah penat bekerja pada waktu siang;
(f)
disampaikan oleh penglipur lara.
Sambil bercerita, penglipura lara ini juga akan bernyanyi dan bermain muzik;
3.
Ada terdapat beberapa jenis
cerita rakyat. Antaranya:
(a)
cerita asal usul;
(b)
cerita jenaka;
(c)
cerita legenda;
(d)
cerita kepahlawanan;
(e)
cerita binatang;
(f)
cerita mitos.
4. Faedah menghayati cerita rakyat:-
(a)
mengetahui cerita rakyat pelbagai
kaum;
(b)
memahami budaya masyarakat zaman
dahulu;
(c)
memberikan hiburan kepada
pendengar;
(d)
dapat mengambil iktibar dan
pengajaran daripada cerita tersebut;
(e)
dapat mengekalkan warisan budaya.
5.
Cerita rakyat perlu dikekalkan
dan dipelihara supaya generasi muda dapat menghayatinya.
6.
Antara
cara mengekalkan cerita rakyat:
(a)
diterbitkan dalam bentuk buku
atau video supaya dapat dibaca dan ditonton;
(b)
menggalakkan pelajar membaca
cerita-cerita ini;
(c)
menceritakan cerita rakyat kepada
pelajar;
(d)
mengadakan pertandingan bercerita
tentang cerita rakyat;
(e)
mengadakan sudut cerita rakyat di
dalam kelas.
7. Antara cerita rakyat yang popular: -
(a)
Nakhoda Tanggang - Cerita
kaum Melayu;
(b)
Kong Zhi Meminta Tunjuk Ajar
Budak Kecil - Cerita
kaum Cina;
(c)
Ahli Sihir yang Angkuh - Cerita
kaum India;
(d)
Kura-kura yang Pintar - Cerita
kaum Iban;
(e)
Burung layang-layang - Cerita
kaum Kadazan.
No comments:
Post a Comment