Sunday 31 August 2014

rukun negara

PENGENALAN :

Rukun Negara telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sebagai pedoman kepada rakyat Malaysia yang berbilang kaum bagi membentuk perpaduan dan menjamin kesejahteraan masyarakat negara ini . Rukun Negara juga menjadi panduan bagi rakyat Malaysia bertindak dengan memberi penekanan kepada matlamat untuk mewujudkan satu masyarakat yang bersatu , demokratik , adil , liberal dan saintifik .
 
 Sejak kemerdekaan lagi ,seluruh rakyat Malaysia telah menerima Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak istimewa semua kumpulan etnik dan Rukun Negara sebagai panduan kita dalam pembinaan bangsa . Perpaduan negara merupakan tonggak utama Rukun Negara yang bertujuan membina bangsa Malaysia yang progresif dan makmur serta hidup dalam harmoni dengan melibatkan semua pihak secara sepakat dan saksama .
 
Perpaduan negara terus menjadi matlamat pembangunan sosio-ekonomi memandangkan Malaysia mempunyai masyarakat yang berbilang kumpulan etnik,agama,bangsa dan budaya . Untuk menjadi negara yang berdaya tahan dan berdaya saing di arena antarabangsa , perpaduan penduduk Malaysia yang berbagai keturunan merupakan satu pra-syarat yang mesti dipenuhi. Semua dasar , program dan projek akan berpandu kepada keperluan asas ini memandangkan penyertaan yang aktif dan sepenuhnya oleh semua kumpulan etnik serta wilayah adalah penting untuk memastikan kejayaan usaha pembangunan sosio-ekonomi dan pembinaan bangsa .
 
Ketidaksamaan dan ketaksaksamaan di kalangan dan di dalam kumpulan etnik serta wilayah akan dapat diatasi supaya perpaduan bangsa Malaysia terpelihara . Walaupun nilai dan amalan sosial dan budaya menjadi semakin sejagat , rakyat Malaysia mesti memelihara identiti dan warisan negara . Hanya dengan pemeliharaan identiti ini , rakyat Malaysia akan berupaya menghadapi perubahan pantas dan dapat bertahan daripada kesan negatif globalisasi .
 
Semangat patriotik sepatutnya disemai di kalangan rakyat supaya mereka merasa bangga menjadi rakyat Malaysia . Norma dan nilai yang diamalkan lahir dari kesedaran dan falsafah yang berlandaskan Rukun Negara . Oleh itu , agenda utama yang perlu dipupuk untuk dihayati oleh setiap rakyat ialah sifat-sifat yang baik dan berakhlak mulia . Sikap amanah , bertanggungjawab , ikhlas , berdedikasi , tekun , bekerjasama , berbudi mulia dan bersyukur serta menghargai segala pemberian dan kemudahan yang diterima merupakan tonggak utama kepada sikap mulia .
 
Prinsip - prinsip yang terkandung di dalam Rukun Negara jelas merupakan kunci kepada masyarakat berbilang kaum di negara ini untuk memelihara dan menggalakkan keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan Malaysia

Saturday 9 August 2014

unit 7 - kerajaan demokrasi

demokrasi

kekuasaan rakyat

kerajaan dan pemerintahan dipilih oleh rakyat

raja berpelembagaan bermaksud sistem beraja mengikut peraturan perlembagaan malaysia

perlembagaan malaysia

proses penyusunan

terdapat 8 unit dalam mata pelajaran pendidikan sivik dan kewarganegaraan tingkatan 1

1. identiti diri

2. penyelesaian konflik

3. keluarga bahagia

4. bangga terhadap sekolah

5. penjagaan dan peningkatan imej sekolah

6. cerita rakyat pelbagai kaum

7. kerajaan demokrasi

8. kesinambungan kesejahteraan rakyat